Wednesday, July 24, 2013

Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un...

7.45 pagi..satu sms diterima..ku sangka siapa rupa-rupanya khabar dari seorang sahabat..berkecamuk perasaanku ketika itu..tidak percaya dengan apa yang baru ku baca.."Aasif dah tak de.." ku tatap sekali lagi..takut tersilap baca..huruf yang sama dan kata-kata yang sama..ya..Aasif dah tak de..Allah.. :'(

Seorang sahabat seperjuangan sewaktu matrik..seorang classmate sewaktu PDT..tak sangka..dia dah tak de..innalillahi wa inna ilaihi rajiun..semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh..amiin,amiin ya rabbal alamin..

1.30 petang..sekadar melewati facebook arwah..sikap ingin tahu bagaimana kemalangan berlaku membuak-buak..melihat begitu banyak post dari sahabat-sahabat arwah..sedih dengan peninggalannya..melihat gambar kereta yang dinaiki arwah bersama tiga orang sahabatnya membuatkan aku tersentak..Allah...remuk.. :'(

                                 ********************************************

Apabila rakan seperjuangan sendiri meninggal pada usia yang sama membuatkan aku terfikir..bilakah masaku? apakah aku akan bersedia menghadapi saat kematian aku sendiri? bagaimana rupa aku ketika aku dijemput menemui Kekasih Abadi? risau..gentar..takut..

mati itu telah dijanjikan Allah kepada setiap benda yang hidup..ya..mati itu pasti..mati itu pasti akan menemui setiap yang bernyawa..setiap insan akan menemuinya..tetapi adakah insan itu sendiri bersedia menghadapinya? bagaimana, bila, dan di mana? tidak diketahui..

"innalillahi wainna ilaihi rajiun"..jika hari ini kita mengucapkannya tatkala menerima berita kembalinya seorang hamba menghadap Penciptanya, akan tiba juga masanya nanti..satu saat nanti..ada manusia yang mengucapkannya apabila menerima berita kematian kita..Allahu rabbi, kurniakanlah kami husnul khatimah yakni penamat yang baik.. :'(









No comments:

❤ *Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ** Saudaraku ❤ *Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ*
Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu krn dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu krn dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu krn dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pd orang yg telah MENYAYANGImu krn itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..❤