Selamat Datang Ke Blog Ana..

Monday, April 1, 2013

Si Dia dan Tongkat..

suatu hari ketika aku sedang menunggu bas..terlihat kelibat seorang hamba Allah ini berjalan laju dengan tongkat di tangan..sedang dia berjalan, ada seorang pelajar menegurnya...mereka berbual mesra..sahabat barangkali...

berjalanlah mereka ke perhentian bas yang sama dengan aku..tiba je mereka di situ, ada seorang pelajar perempuan menegur mereka..dan perkatan pertama yang kelua dari hamba Allah yang memegang tongkat ini adalah "ehh..Assalamualaikum...awak sihat?"

bila dia ungkapkan perkataan salam, terdetik di hati indahnya pekerti insan ini...meski dia kurang pancaindera tetapi dia tidak kurang budi bahasa..then, bas pun sampai..sekali lagi hamba Allah ini mengungkapkan salam buat temannya dan meminta diri untuk naik bas...

bila di atas bas, dia mengucapkan salam kepada pemandu bas...kagum aku dengan dia..dia sentiasa melazimi diri dengan mengucapkan salam kepada orang yang langsung tak dia tahu bagaimana rupanya..hanya mengenali mereka melalui suara..tidak seperti kita yang dikurniai nikmat pancaindera yang lengkap..yang mampu mengenali seseorang melalui rupa paras dan juga suara..

bila berhadapan dengan situasi begini, buat aku terfikir apa yang aku dah buat untuk Islam dengan 5 deria rasa yang aku ada? nak ucap salam dekat kawan baik pun berat apatah lagi dekat orang yang langsung tidak kita kenal..takkan bila nikmat kena tarik baru nak buat semua benda baik?

entri ini ditujukan khas buat kita semua, manusia yang bertuah kerana dapat hidup di muka bumi ini dengan belas ikhsan daripada Allah yang mengurniakan kita 5 deria rasa (hidu, rasa, lihat, sentuh dan dengar)..cuba ambil masa selama dua minit..selami sejarah hidup kita..check balik amalan kita..apa yang telah kita buat dengan 5 deria rasa tu?

semoga kita dapat menggunakan 5 deria rasa itu di jalan yang diredhai Allah semaksima yang mungkin..insyaallah..semoga Allah merahmati dirinya yang bertongkat itu..amiinn..


~~*~biar buta mata jangan buta hati...biar cacat fizikal, jangan cacat mental..~*~~


❤ *Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ** Saudaraku ❤ *Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ*
Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu krn dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu krn dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu krn dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pd orang yg telah MENYAYANGImu krn itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..❤