Selamat Datang Ke Blog Ana..

Saturday, March 23, 2013

dimanakah kita?


di manakah kita?
tatkala mereka di sana bergelut untuk teruskan hidup...

dimanakah kita?
tatkala maruah mereka di sana dipijak-pijak selumatnya...

dimanakah kita?
tatkala mereka disana terpaksa berjuang bermatian-matian hanya untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di negara Islam sendiri?


caknakah kita?
pedulikah kita?
ambil tahukah kita?
di manakah kita?
apa tindakan kita?
berbuat apakah kita?
adakah kita peduli?

atau

kita masih di sini?
terus hanyut dibuai fatamorgana dunia?
terus lalai dengan segala hedonisme yang semakin hari semakin menjadi pujaan hati remaja?

jika mereka disana berusaha untuk mempertahankan jilbab yang dipakai, mengapa kita di sini dengan rela hati membuka jilbab yang dipakai?
membuka hijab yang melindungi diri?
kenapa?

adakah kerana ia tidak berlaku di negara kita?
atau mata kita yang dikaburi oleh kenteteraman negara yang kononnya aman?
atau kita yang tidak cakna?
atau kita yang tidak ambil kisah?
atau kita yang tidak ambil peduli tentang semua yang terjadi terhadap mereka?
atau hanya kerana tiada kita siapa itu mereka?

mereka?


ya mereka,
saudara seIslam kita...
ya mereka,
yang kita anggap tiada sesiapa..
ya mereka,
yang dijanjikan syurga setelah syahid mempertahankan maruah agama..



Saturday, March 16, 2013

kak ary..

ehem...alhamdulillah..selamat sudah sampai ke usm setelah tiga hari berkampung di kolej pendeta za'baa, ukm bangi...buat apa kat ukm? hehe...aku jadi wakil usm bersama 4 orang lagi ahlis gps (sal,nisa,cik iqa my roomate and kak ary yang sebenarnya kak haneem) untuk menghadiri persidangan Gerakan Pengguna Siswa kebangsaan 2013...ceee...dengar macam hebat je kan? hahaha...

sepanjang menghadiri persidangan ni, banyak benda yang aku tak boleh lupa dan salah satunya adalah kata-kata kak ary bila kitaorang ada dinner malam tu..kejadian dia macam ni...blup blup blup blup..

9.00 malam
selamat tiba di MAEPS Bistro, Serdang..masing-masing ambil tempat duduk..then, abang shahrul (mc malam tu) mengumumkan bahawa kitaorang boleh mula ambil bahan untuk direbus (makan steamboat la katakan)..seriesly, keadaan masa tu kucar-kacir sangat...semua orang berebut-rebut untuk mengambil bahan..sotong, udang, ketam, kerang, telur burung puyuh pun ada..then ada satu benda ni yang aku tak tau nama dia..perpatah or perpatih (nama yang aku ingat tetapi diketawakan roomate sebab tu bukan nama dia..haha) ...

9.45 malam
aku bertindak seperti emak yang nak bagi anak dia makan..prepare pinggan, sudu, garfu and chopstick...tolong letak bahan-bahan untuk direbus..dan setelah semua selesai, kami pon melantak..sedang sedap melantak, tetiba zahid datang dan buat live performance depan kami...


tu ok lagi...setelah itu, black pulak perform...keadaan kecoh sebentar...semua bangun untuk rakam duet black and rais (budak gps) perform lagu teman pengganti termasuklah iqa dan nisa ni..time tu, semua mata tertumpu dekat black kecuali tiga orang hamba Allah ni...nak tau sapa? mereka itu adalah aku, kak ary dan siti sal..nak tahu kitaorang buat apa? kitaorang menghadap lauk steamboat lah..hahaha...tengah seronok mencedok, tetiba dapat ketam..susah kot nak makan dengan sudu and garfu...aku tengok kak ary, dia pon ambil ketam..kitaorang berpandangan..dan kemudian terlafazlah kata hikmat dari mulut kak ary:
"makan banyak2..diaorang tak tengok kita..diaorang tengok black"

aku dan siti sal masa tu hanya mampu ketawa dan mengikuti cadangan kak ary tu...memang kitaorang melantak lah sebab tak de orang tengok pon kan...hahaha...


status kak ary pada malam itu...hoho


10.30 malam
kadar kelajuan mulut mengunyah mula menurun...semakin lama semakin perlahan...dan akhirnya kami pon stop makan sebab perut memang dah memboyot...hasilnya adalah ini...apa yang tertinggal...



**apa yang aku boleh katakan tentang persidangan pada kali ini adalah sangat best...banyak kawan baru, banyak pengalaman baru..orang kata, waktu muda nilah nak cari duit, nak cari pengalaman sebab bila dah tua nanti memang tak de kudrat dah...jadi gunakan masa muda kita dengan sebaik yang mungkin..nak gi jalan negeri orang tapi tak de duit? buatlah macam aku..join program2 yang selalu bawa kita keluar dari negeri...free of charge je..makan pon ada orang support...ok la kan...last pic from me...

miss speckies with unspecky one...hahaha..
edited by : hI cReatiVe aRt







Sunday, March 10, 2013

wajah baru..

ehem...guess what? my blog sudah direnovate dan di design oleh diriku sendiri...kini dia berwajah baru dengan penampilan yang menarik...perasan tak? post yang lama juga telah didelete..nama blog juga baru...alamat blog juga baru...seolah-olah blog ini telah dilahirkan semula..

keadaan ini sama jugalah seperti manusia yang kembali kepada fitrah...segala dosanya terhapus dengan taubatnya yang ikhlas..hari-hari yang dilalui jua akan lebih tenang dengan izin Allah...yang penting, tinggalkan segala apa yang buruk dna gantikan dengan segala apa yang baik untuk diri kita...bagaimana? mestilah dengan menunaikan segala perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan laranganNya...
❤ *Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ** Saudaraku ❤ *Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ*
Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu krn dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu krn dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu krn dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pd orang yg telah MENYAYANGImu krn itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..❤